Terengganu, Malaysia

Pertanian Penghubung Sosioekonomi Dengan Rakyat

Dr Azman

KUALA TERENGGANU – Kepimpinan PAS mahu memanfaatkan sektor pertanian dan asas tani menjadi penghubung sosioekonomi yang boleh dimanfaatkan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, perkara yang perlu dibincangkan serius ialah pembangunan kawasan sempadan Kelantan dengan Terengganu di Bukit Yong yang kelihatan tak bermaya.

“Ada banyak ruang yang boleh diterokai bersama demi faedah rakyat di dua buah negeri berjiran ini,

“dan lantaran perbezaan politik sebelum ini banyak ruang yang tak dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Pertanian Penghubung Sosioekonomi Dengan RakyatBeliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Selasa, di Pejabatnya Wisma Darul Iman, 10 Julai.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata ketika mengulas Exco Pertanian Negeri Kelantan, YB Tuan Sharifuddin Tuan Ismail dan rombongan ke Pejabat Exco Pertanian Terengganu.

Katanya, rakyat Terengganu dan Kelantan mendapat sumber bekalan makanan seperti ayam dari pantai barat seperti Perak.

“Kita ada tanah yang luas dan rakyat yang rajin serta permintaan bekalan juga sangat tinggi,

“Tapi sayangnya tiga negeri pantai timur terpaksa bergantung kepada bekalan dari pantai barat dan lompang ini perlu diisi,” ujarnya.

Menurutnya, beliau telah meletakakan beberapa tumpuan industri sebagai asas perbincangan yang boleh dikongsi kepakaran dan pengalaman.

“Pembentukan jawatankuasa teknikal akan menyusul bersama bagi mengkaji dengan lebih mendalam lagi,” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan