KEMAMAN — Persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bukan hanya melatih fizikal semata-mata, tetapi juga platform untuk membina kefahaman, kesepaduan dan kesediaan mental semua sukarelawan KM bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pengerusi Khidmat Malaysia (KM) Terengganu, YB Dato’ Haji Hanafiah Mat, Program Perkhemahan, Siapsiaga dan Simulasi Banjir Khidmat Malaysia (KM) Terengganu 2025/2026 menjadi medan penting memantapkan kesiapsiagaan sukarelawan negeri menjelang Monsun Timur Laut (MTL).


“program tahunan itu merupakan langkah proaktif kerajaan negeri bagi memastikan gerak kerja bantuan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.” katanya selepas menghadiri Program rersebut pada Sabtu, 15 November
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, melalui siri latihan tersebut, para sukarelawan didedahkan dengan pelbagai modul termasuk prosedur operasi standard (SOP) bencana, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS), teknik penyelamatan air deras, asas pertolongan cemas, serta pengurusan logistik dan bantuan kebajikan.


“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program pada kali ini,” ujar beliau.
Menurutnya, pada program berkenaan, KM Kemaman diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi acara yang dipertandingkan, sekali gus menyerlahkan komitmen tinggi pasukan itu dalam kesiapsiagaan bencana





























