Terengganu, Malaysia
Pendapat

Persempadan Baru Kawasan Pilihanraya, SPR Dengan Rela Jadi ‘Balaci’ Umno

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/dr%20azman%20ibrahim.jpg

Saya fokuskan kepada tindakan SPR memasukkan Pusat Daerah Mengundi Gong Batu ke dalam Dun Jabi.

1. Sempadan pentadbiran kerajaan tempatan selalunya diambil kira dalam persepadanan kawasan pilihanraya. Sembilan Pusat Daerah Mengundi di Dun Jabi sebelum ini semuanya berada dalam Daerah Besut. Tiba-tiba dimasukkan Gong Batu yang berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Setiu sebagai Pusat Daerah Mengundi yang kesepuluh ke dalam Dun Jabi. Bukankan aneh dan menyusahkan!

IMG-20160915-WA01092. Jalan raya utama dari Dun Jabi untuk ke Gong Batu, kita perlu melalui jalan Renek ke Tembila. Selepas Kampung Bukit Tanah iaitu sempadan Dun Jabi dan Dun Kota Putera, kita perlu melalui Kampung Guntung, Kg Pekan Sari Tembila, Kg Pengkalan Kubur dan Kg Benting Lintang yang semuanya terletak dalam Dun Kota Putera. Selepas itu barulah kita jumpa Gong Batu. Mudah disebut, dari Dun Jabi perlu masuk Dun Kota Putera terlebih dahulu, kemudian barulah jumpa Dun Jabi yang baru dicadangkan (Gong Batu). Pelik kan?

3. Jalan raya utama yang lain untuk ke Gong Batu ialah dari Kg Anak Ikan iaitu sempadan DUN Jabi dan DUN Permaisuri. Kita perlu melalui Kg Alor Serdang, Kg Bintang, Kg Bahagia, Kg Guntung Dalam, Kg Saujana, Kg Fikri dan Kg Pengkalan Gelap. Semua Kampung-kampung ini dalam Dun Permaisuri. Selepas itu barulah kita akan jumpa Dun Jabi yang baru dicadangkan (Gong Batu). Maknanya dari Jabi masuk Dun Permaisuri barulah akan jumpa Jabi semula. Lagi aneh bin pelik!

4. Antara Dun Jabi dan Gong Batu memang tidak ada hubungan terus melalui jalan raya. Memang mereka boleh reka sempadan melalui Pusat Daerah Mengundi Bukit Jeruk. Tapi yang menghubungkan Bukit Jeruk dan Gong Batu ialah kawasan yang tak didiami manusia.

5. Kita sedia memahami bahawa Umno Jabi dalam keadaan terdesak. Tambahan pula selepas kubu kuat mereka di Felda Selasih berjaya ditembusi. Lantas mereka mencari talian hayat baru dengan memperalatkan SPR. Kawasan pesisir pantai Daerah Setiu seperti Gong Batu adalah kubu kuat Umno. Lantas mereka mencari akal untuk memasukkan Gong Batu ke dalam DUN Jabi demi survival Umno! Saya berani kata dan saya bertanggungjawab. Ini adalah persempadan gila kospirasi SPR/Umno!

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi
15 September 2016

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan