DUNGUN – Penduduk Kampung Burung Baru kesal kerana perparitan di seluruh kejiranan itu tidak diselenggara menyebabkan banjir air melimpah sering melanda.
Penduduk tempatan Mat Zaik Mahmood, 59, berkata, air yang naik lambat surut kerana longkang ananh yang dibina puluhan tahun lalu tersumbat.
Beliau mengharapkan satu tindakan daripada pihak kerajaan yang ada ataupun kerajaan yang baru dapat menyelenggarakan masalah rakyat di kampung itu.
“Cuba kita lihat longkang sudah empat kali pilihan raya kerajaan tidak membersihkan sehingga naik seman samun dan hutan sepanjang parit yang dibuat ,
“Bukan setakat longkang yang kita ada sekarang ini malah banyak lagi parit-parit kampung ni naik hutan tidak dibersihkan,
“Dan walaupun rakyat ada tanah tetapi tak dapat nak bercucuk tanam untuk menanam disebabkan air yang banyak akibatnya pokok-pokok seperti pokok durian akan mati ditenggelami air,” jelasnya.
Beliau mengharapkan kerajaan baharu yang akan dipilih pada pilihan raya umum 9hb Mei depan, dapat menyelenggarakan masalah rakyat di kampung burung baru.


“Longkang dan parit telah pun dibina tetapi sejak beberapa tahun parit ini tidak diuruskan dengan baik serta tidak pun dibersihkan menyebabkan apabila hujan turun dengan lebat walaupun bukan musim tengkujuh,
“Setiap tahun kawasan sekitar ini akan ditenggelami air disebabkan parit tidak dibersih dan apabila air melimpah agak sukar air ini untuk turun ke sungai yang berada di sebelah kampung ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa terjah dan dedah isu pembangunan Kampung Burung Baru pada Rabu, 2 Mei.
Katanya, Kampung tersebut yang mula diduduki sejak tahun 1960-an, tidak banyak berubah dari segi pembangunan, walaupun penduduknya kini bertambah kepada 100 buah rumah.
“Apabila berlaku hujan kawasan yang ditanami pokok dan kebun orang tempatan kalau sekiranya air ini tidak dapat keluar dalam masa dua hari sudah tentu kawasan kebun mereka ditenggelami air,
“Dan memang pokok-pokok akan mati yang menyebabkan menjadi kesusahan kepada rakyat serta aktiviti mereka ialah berkebun,” ujarnya.
Menurutnya lagi, rakyat mengharapkan kerajaan sepatutnya membersihkan dalam tempoh enam atau tiga bulan sekali agar air dapat lalu dengan cepat dan kampung dilihat ceria.
“Pilihan raya demi pilihan raya pun berlalu dan pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 ini rakyat perlulah membuat perubahan supaya rakyat mengubah dan memilih parti yang nak menjadikan rakyat ini berada dalam keadaan sejahtera,
“PAS mengharapkan rakyat dalam PRU ke-14 ini memberi undi kepada PAS untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu,” jelasnya.





























