Perpaduan Berteraskan Aqidah Jamin Kecemerlangan Pentadbiran

131

DUNGUN – Perpaduan berteraskan wahyu dan aqidah Islam menjadi seutuhu-utuh dasar kepada pencapaian cemerlang, pengurusan kerajaan Madinah dibawah payung pentadbiran Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, perpaduan tidak mengutamakan kepentingan peribadi, sebaliknya menjadikan maslahah ummah dan mencari reda Allah sebagai matlamat.

“Perpaduan yang diperkukuhkan dengan pembinaan jati diri, ummah muslimah menjadi terjemahan kepada maksud, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Dungun berkata demikian ketika dihubungi, menjunjung titah Al Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin padaP embukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Titah baginda tersebut telah dibacakan oleh Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri, pada Isnin 13 September.

Ustaz Jamaluddin berkata, titah Tuanku menitikberatkan soal perpaduan, menjadi tonggak kepada pentadbiran kerajaan PAS Terengganu yang mempertahankan Muafakat Nasional.

Tambah beliau, Islam bukan berteras kepada bangsa atau ‘isme’ ideologi ciptaan manusia, kerana jalan tersebut jelas telah menjadikan insan hilang haluan hidup.

“Praktikalnya kita telah melihat nasib liberalisme dan nasionalisma tidak ke mana.” jelasnya.