Permulaan Monsun Timur Laut

3135
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/banjir.jpg

Monsun Timur Laut atau Musim Tengkujuh telah bermula di Malaysia dengan episod hujan lebat pertama dijangka berlaku pada awal minggu pertama bulan November ini.

TR29_241214_BANJIRMusim Tengkujuh ini dijangka berakhir pada bulan Mac 2016 dan sepanjang musim tengkujuh ini negara dijangka mengalami sekitar empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung pada November 2015 hingga Januari 2016 dan Barat Sarawak pada Januari hingga Februari 2016.

Dengan bermulanya musim tengkujuh ini keadaan berjerebu akan pulih disebabkan tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara berterusan merentasi Laut China Selatan ke negara ini akan menghalang jerebu rentas sempadan dari kebakaran hutan di Indonesia dari sampai ke negara kita.

Kehadiran fenomena El Nino berintensiti kuat pada ketika ini, dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ektrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas.

***Kenyataan Media, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 26 Oktober 2015