Oleh: Muhd Afiq Zohir
Foto: Saifullah
HULU TERENGGANU – Perkukuhkan strategi bagi menawan hati anak muda untuk terus bersama gerakan Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) Muhd Hakim Zulfikri Awang berkata setiap Ahli Jawatankuasa DPPKB perlu memainkan peranan masing-masing untuk menarik seberapa ramai sokongan.
“Kita bertanggungjawab untuk menarik serta membimbing golongan muda agar tidak terpesong dari landasan agama Islam.
“Setiap ahli jawatankuasa perlu peka dengan situasi serta minat anak-anak muda masa kini supaya kita tidak ketinggalan zaman dengan arus kemodenan,” tegasnya


Jelas beliau, Dewan Pemuda PAS merupakan satu organisasi yang bertindak sebagai pelaksana dalam sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan golongan anak muda.
“Program retreat ini diadakan bagi memikirkan serta mengatur langkah bagi menghadapi tahun 2020 dengan berbagai aktiviti yang bermanfaat.”
“Program ini diadakan selama dua hari yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Peringkat Kawasan Besut.” ujarnya.































