Perjuangan PAS Relevan Sepanjang Zaman

566

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ucapan Dasar Presiden PAS yang bertajuk ‘Malaysia Sejahtera’, mewajahkan perjuangan parti yang relevan sepanjang zaman.

Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, satu asas yang sangat kukuh dengan dasar bersifat sejagat.

“Suatu ucapan yang sangat berterus terang tentang hala tuju dan masa depan PAS di Malaysia.

“Menampilkan corak kepimpinan yang telus, berperinsip, berhemah dan berlapang dada khususnya melalui ijtihad siyasi yang sangat releven.

“Kehebatan sebuah gerakan Islam berteraskan tiga elemen penting iaitu siyasah, dakwah dan tarbiyah.

“Ianya sangat dicemburui oleh kawan dan lawan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas mengenai ucapan dasar Presiden PAS, pada hari ini.


Menurutnya, PAS kawasan Besut akan terus melaksanakan gerak kerja menyantuni masyarakat dari pelbagai segmen tanpa mengira fahaman politik dan suku bangsa.

“Sentiasa memaparkan sikap berlapang dada dalam gerak kerja kebajikan dan mendengar rintihan serta aduan rakyat.

“mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 dan menjayakan dasar serta slogan kerajaan negeri,” ujar beliau.

Wan Azhar bertekad pada PRU pada kali ini, PAS kawasan Besut menjayakan visi dan misi bagi mengulangi sejarah kegemilangan pada tahun 1999.

“Memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Usaha dan ikhtiar kerajaan PAS dalam mewujudkan kestabilan di Terengganu melalui pelbagai pendekatan harus di lihat secara positif,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar rakyat memberi peluang kali ke dua kerajaan PAS meneruskan dasar pemerintahan yang adil dan saksama.