Perbezaan Pandangan Mematangkan Kepimpinan

91

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Apa sahaja perbezaan pandangan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diharap dapat mematangkan lagi kepimpinan kerajaan politik
.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berharap natijahnya akan memberi pengajaran kepada setiap pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negeri ini.

“Sedikit sebanyak perubahan yang dibuat diluar kebiasaan anggap perkara biasa sahaja .

“Kerana kita juga perlu melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku di tempat lain di DUN atau di Badan Legislatif tempat yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menerima usul penangguhan yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Sri Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Ketika menangguhkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Wisma Darul Iman, ditangguh pada hari Khamis, kira-kira jam 11 pagi.

Dato’ Yahaya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli Yang Berhormat (YB) sekalian selama empat hari bersidang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan, pegawai yang turut hadir dan rakan-rakan media yang bertugas selama empat hari,” katanya.

“Serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan perjalanan Sidang Dewan ini,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau memohon maaf di atas apa-apa kelemahan dan juga kekurangan sepanjang Sidang DUN ini berjalan.