Oleh : Nizam at-Takiri
KUALA NERUS – Peperangan yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dan menggadai masa hadapan anak muda perlu dihentikan segera.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ianya dapat di realisasikan dengan mengajak semua pihak yang terbabit ke meja rundingan.
“Ini juga dapat dilaksanakan dengan menghentikan penjualan senjata oleh negara besar kepada negara mangsa peperangan ini,” jelasnya.


Sehubungan dengan itu, ICAPP perlu membantu mereka ketika saat perang bagi mendapatkan peluang pendidikan di peringkat universiti di luar negara mereka sebagai persiapan pasca perang.
Majlis tersebut yang diwakili oleh ketiga –tiga Ahli Parlimen PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulama Dato’ Haji Nik Zawawi Salleh dan Setiausaha PAS Kelantan `Dato Che Abdullah Mat Nawi.

























