Terengganu, Malaysia

Penyokong, Ahli Beri Komitmen Tinggi Kepada PAS

penamaan calon kemaman

KEMAMAN – PAS yakin dan percaya komitmen yang tinggi yang diberikan oleh penyokong dan ahli kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) berbanding dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan pada hari ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid berkata, ini menandakan satu sokongan kuat daripada anak muda berpihak kepada PAS.

“Dan rakyat akan bersama dengan kita lebih-lebih lagi dalam suasana Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian sketika ditemui pihak media selepas penamaan calon pada Sabtu, 28 April.

Turut sama dengan beliau ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat.

Penyokong, Ahli Beri Komitmen Tinggi Kepada PASHanafiah berkata, keyakinan PAS akan kembali memerintah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 apabila melihat satu gelombang perubahan yang berlaku di negeri Terengganu.

“PAS berjaya menghantar lima pencalonan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu calon daripada parlimen,

“Dan Suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah menerima pencalonan serta kelima-lima calon yang akan bertanding dalam pilihan raya ini dengan harmoni dan aman serta damai,” ujarnya.

Menurutnya lagi,PAS kawasan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan penyokong dan pendokong yang hadir pada hari ini dan selepas daripada penamaan calon ini kita akan mengadakan kenduri lembu.

“PAS menyeru kepada para petugas parti agar memulakan semula kerja dan aktiviti dengan sebaik mungkin bermula hari ini,

“Sehingga hari pengundian pada 9 Mei nanti serta memastikan semua rakyat di Kemaman turun mengundi untuk beri undi kepada PAS,” jelas beliau lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan