Pengurusan NGO Diperkasakan

244

Oleh : Fatimah Din
Gambar : Atiqah Aqilah

MARANG – Muslimat PAS Marang telah mengumpulkan lapan buah wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dibawah kendaliannya bagi memperkasakan pengurusan.

Pengerusi Lajnah NGO dan Serantanya, Nazra Mat berkata tujuan program berkenaan diadakan supaya semua NGO dapat menguruskan persatuan yang dikendalikan dengan baik.

“Kita mahukan pendedahan diberikan kepada peserta untuk menguruskan sesebuah NGO,” ujarnya.

Nazra berkata demikian ketika ditemui di Program Pengurusan NGO Muslimat Marang yang diadakan di Bangunan Pejabat PAS di sini pada Ahad 29 September.




Menurutnya yang juga pengarah program itu, seramai 25 orang peserta yang mewakili lapan buah wakil NGO daripada 10 yang aktif dalam kawasan Marang telag hadir dan mendapat pencerahan daripada Setiausaha Iman Care, Wan Mohd Ikwan bin Wan Arif selaku penceramah.

“Program ini membuka peluang kepada wakil NGO yang hadir untuk menyuarakan permasalahan yang mereka hadapi dalam pengurusan NGO ini”, katanya lagi.