Pengisytiharan Joe Biden Bermotif Politik

274

Pengisytiharan Joe Biden Bermotif Politik

Pengisytiharan ‘Arneniabln Genocide’ Joe Biden bermotifkan politik kerana Turki sudah seperti tidak lagi menghiraukan peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, presiden Amerika Syarikat itu cuba memberi tekanan terhadap Ankara kerana Turki mempamerkan kekuasaan geopolitiknya di Eropah dan Asia Barat.

“Turki dilihat lebih cenderung kepada Rusia dan China dalam banyak keadaan berkerjasama dengan Rusia di Libya, Syria dan juga konflik Nagorno Karabakh

” Kekuatan tentera Turki juga mula dikhuatiri oleh Amerika Syarikat dan negara – negara Eropah sebagaimana konflik di Timur Mediterranean dan ketangkasan drone – drone bersenjata Turki yang beroperasi di Nagorno Karabakh dan Libya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu menambah, peningkatan kekuatan Turki menimbulkan kegusaran kepada Kesatuan Eropah dan sekutunya, Amerika Syarikat.

” Negara – negara utama Eropah seperti Perancis, Jerman dan Itali sudah tentunya tidak senang dengan kekuatan Turki ketika ini yang menjadi ancaman kepada mereka.

“Dengan pengisythiran ini, pelbagai pendekatan mampu dilakukan untuk menyisihkan Turki daripada dunia hingga mampu melemahkan kekuatan geopolitik Turki,” jelasnya.

Oleh itu katanya, tuduhan Joe Biden itu seumpama tindakan untuk mencemarkan imej dan kredibiliti Islam di mana Khilafah Utmaniyyah dan Kerajaan Islam terakhir dekad ini.

“Dengan mengisytiharkan apa yang berlaku ke atas etnik Armenia pada 1915, ia sebenarnya telah menunjukkan bahawa Islam dan umatnya adalah pengganas

“sebagaimana apa yang telah dipotretkan oleh dunia barat dan medianya selama ini dan akan terus melonjakkan sentimen Islamofobia terhadap umat dan Dunia Islam,” tegasnya.