Penggiat Media Perlu Bijak, Peka, Pantas Dan ‘Zero Defect’

1668

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

Seseorang wartawan perlu bijak, peka dan pantas dalam membuat sesuatu tugasan bagi menghasilkan laporan yang mantap dan berkesan.

Dengan cara demikian hasil kerja akan menjadi lebih baik akan mendatangkan pulangan yang menguntungkan kepada perjuangan.

Wartawan Islam perlu bijak dalam mengolah sesuatu isu dan kebijakan ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu yang perolehi dari semasa ke semasa.

Saranan saranan tersebut dinyatakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang semasa berucap merasmikan Kursus Lanjutan Penulisan Berita, Sabtu 14 Oktober.

Wartawan juga perlu peka dan cakna, melihat sesuatu yang berlaku dipersekitaran kerana banyak perkara yang berlaku, kalau kurang peduli atau kurang cakna, maka perkara itu akan berlalu begitu sahaja.

Seorang wartawan juga mesti pandai mengambil peluang untuk mengolah peristiwa dijadikan berita yang akhirnya menjadi sesuatu perkara yang besar dan memberi keuntungan kepada PAS.

Paling penting seorang wartawan kena cari maklumat kerana kalau tunggu maklumat ia akan menyukarkan mereka untuk menulis.

Begitu juga, dengan kepantasan, bertindak cepat, kerana kalau lambat, mungkin sesuatu perostiwa akhirnya jadi sejuk, basi dan tidak bernilai.

Sebaliknya jika cepat bertindak dengan pantas dan cerdas, ia akan menghasilkan peluang yang besar.

Penerolaan baharu dari segi inovasi sangat perlu supaya, apa yang dipaparkan oleh seseorang wartawan dapat menarik perhatian orang.

Persembahkan samada melalui tulisan ataupun visual gambar, video dan sebagainya, menentukan kualiti pemberitaan.

Wartawan juga mestikah sentiasa bersedia menerima teguran, kerana komen-komen dan teguran tentang kesilapan dari segi teknikal dan sebagainya dapat menambahbaik kerja kita pelaporan.

Para penggiat media juga perlu meletakkan keutamaan ‘zero defect’ ataupun sifar cacat, kerana walaupun kecil setara mana ataupun kecacatan kecil sekadar huruf besar huruf kecil, akhirnya akan memberi kesan kepada orang yang membaca hasil kerja itu.