Pengesahan ICERD: Persengkokolan Kafir Dan Munafik

1388

Oleh:Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pengesahan  Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum(ICERD)
adalah persengkokolan musuh Islam, orang-orang kafir dan munafik untuk mencabuli perlembangaan negara.

Cikgu Alias Harun
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Cikgu Haji Alias Harun berkata idea-idea yang dibawa oleh orang-orang yang ingin menghapuskan hak-hak yang sepatutnya  dipertahankan.

“Samada orang kafir sendiri, malah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam, perlembagaan 153, ada 4 perkara yang cuba nak dihapuskan, ” beliau memberitahu.

Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang itu berkata ketika berucap merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Padang Pulut di sini pada 22 November.

” Mereka cuba memperlekehkan agama islam, kita sebagai orang islam mesti kita perjuangkan bukan kerja orang lain” , terangnya lagi.

Salah seorang pelajar PASTI menerima hadiah.
Pengarah Majlis Tindakan itu menjelaskan ratifikasi juga untuk menghapus ketuanan raja dimana raja merupakan Ketua Agama.

“Walaupun adalah sedikit sebanyak yang dilaksanakan oleh raja-raja ni tak kena dengan kita, tetapi mereka ada keistimewaan raja-raja itu”  , ceritanya lagi.

Sekarang tambah Cikgu Alias lagi,  mereka secara terang-terang menunjuk belang dengan meletakkan nama papan tanda jalan tulisan jawi dan tulisan jawi digantikan dengan tulisan cina diikuti tulisan rumi.

“Yang kita hairannya, orang Cina yang lahir di Tanah Melayu ni masuk dalam Parlimen atau DUN masih pelat bercakap bahasa Melayu, ” ujar beliau dengan nada kesal.

Disamping itu katanya hak asasi orang Melayu juga turut terlucut jika ICERD diratifikasikan

“Keistimewaan bagi orang Melayu, kita ada tanah rizab Melayu, kita ada tanah pegangan Melayu, kita ada hak keistimewaan untuk anak-anak kita, kuota untuk masuk universiti, jika perkara ini nak dihapuskan sebab kata nak sama rata sahaja, dia pun mari lama doh, ” terang beliau

Cikgu Alias yang mudah mesra, beramah mesra dengan ibu bapa pelajar PASTI yang hadir di Ihtifal PASTI Padang Pulut.

Justeru itu beliau mengajak semua hadir ke Himpunan Aman Membantah ICERD yang akan diadakan pada 8 Disember bertempat di Dataran Merdeka.

” Ajaklah orang-orang Umno pun, orang PKR, orang PH, ajak belaka pergi, demi untuk Islam, ”

“Biar dia sedar, biar dia tahu tanggungjawab yang lebih besar bukan saja cari makan untuk perut saja tetapi untuk generasi anak-anak kita yang akan datang, ” katanya mrmmberi ingatan kepada ibubapa yang hadir di acara setiap hujung tahun sebagai menghargai pelajar cemerlang.