Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – Penerimaan kaum Tionghua bertambah baik dan ada perubahan reaksi mereka terhadap PAS berbanding sebelumnya.
Aktivis masyarakat Dr Ann Wan Seng@ Ann Abdullah berkata, situasi komuniti Cina tidak berubah, namun hakikat yang tidak boleh dielakkan, PAS berdeoan dengan cabaran untuk menyakinkan mereka.
“Bila kita berjumpa dengan mereka……..maka kita dapat berdialog dengan mereka dan adakala kita buat majlis soal jawab, (ia) ruang untuk mereka mengeluarkan perasaan rasa hati serta apa yang terbuku dalam fikiran,
“jadi, sebab itulah kita kena lebih banyak turun padang berjumpa dengan masyarakat Cina secara terus dalam majlis-majlis yang berupa ramah mesra, majlis yang santai, majlis yang tidak formal,” ujarnya.
Oleh iti, beliau mencadangkan agar PAS memperbanyakkan ziarah mengunjungi kaum tersebut, terutama pada hari-hari kebesaran seperti Tahun Baru Cina.
“Itu suatu cara untuk kita (PAS) menghubungkan kita orang Islam dengan mereka. Dan saya rasa ini cukup berkesan, pada hari-hari besar mereka contohnya Tahun Baru Cina,
“kita ziarah terus ke rumah dia (dan) kita bagi buah tangan,” kata bekas Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu.
Namun katanya, terdapat perubahan perubahan dari segi lanskap politik ataupun berlakunya perubahan dari segi kerja yang menyebabkan mereka seolah-olah ‘terumbang ambing’.
“Sebab itulah pentingnya kita ini dekati mereka untuk menyatakan dasar perjuangan dan juga sebagainya…… bahawa parti PAS kita tidak anti Cina,
“sebab daripada apa…….kebanyakan yang saya jumpa dengan Cina (sebenarnya) pada anggapan mereka PAS tidak anti cina,” jelasnya.
“sedangkan dari segi sejarah penubuhan PAS pun kita (PAS) tak pernah ambil pendekatan anti Cina dan kita tak pernah pun kacau orang Cina.
“Kalau kita tengok daripada dulu sampai sekarang ini kita tak pernah ambil hak orang Cina dan sebagainya.
“Jadi dengan kata lain bahawa, usaha untuk mendekati masyarakat Cina perlu diperhebatkan lagi,” jelasnya lagi.
Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, kata beliau, walaupun bilangan kaum Tionghua ada kecil tetapi ia perlu didekati.
“dekati mereka bukan sekadar untuk dapatkan undi tetapi untuk menambat hati mereka….sebab kita bukan sahaja berkempen tapi kita nak berdakwah pada dia (mereka),
“jadi maknanya dalamnya ada unsur-unsur dakwah, tak kira sama ada sokong atau tak sokong dakwah mesti sampai pada mereka,” kata pemenang anugerah saudara muslim cemerlang 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.