Penduduk KETENGAH Mengeluh, Rumah Mereka Belum Diberi Hak Milik

2774

DUNGUN – Penduduk yang tinggal di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengeluh, apabila rumah mereka duduki sejak puluhan tahun, masih tidak dapat hak milik kekal walaupun sudah menjelaskan semua bayaran.

Raja Abdullah Raja Salleh yang tinggal di kawasan rumah ‘blok A’ berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak sendiri, semasa pertemuan dengan para penduduk di Paka beberapa bulan lalu, telah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau yang telah menetap di Durian Mas sejak 40 tahun lalu kesal’ kerana sebaliknya, selepas pertemuan itu, beliau masih belum mendapat ‘geran’ rumahnya sendiri.

“Semasa baru-baru ini (saya) naik ke pejabat bayar dekat kaunter dan dia kata bayaran (rumah dan tanah saya) habis dah habis,

“(kata penjaga kaunter itu) kalau pun saya terlebih bayar, KETENGAH akan beri balik hak lebih (yang selebihnya),” ujarnya.

Beliau hairan kerana katanya, walau pun sudah menyelesaikan semua bayaran, namun kemudiannya, beliau diberitahu, masih berhutang kepada KETENGAH.

“Tapi (kemudian) memang kita dah bayar……habis dah dan jelas dah…..dia (KETENGAH) janji nak beri pada bulan September (lepas)……sampai sekarang masih tak dapat lagi,” katanya kesal.

Raja Abdullah berkata demikian ketika dikunjungi oleh Pengerusi Majlis Tindakan DUN, PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman di rumahnya, pada Rabu 21 Mac.

Oleh itu, beliau kesal kerana katanya, kerajaan sepatutnya tidak boleh pilih kasih dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan tidak perlu dibuat sebarang semakan ‘pemutihan’ kerana ia adalah jelas, rumah dan tanah tersebut adalah miliknya.

“Bila ditanya dipejabat tentang geran saya……mereka jawab, Exco (Majli Mesyuarat Kerajaan Negeri) t tak tandatangan lagi……Exco buat kerja benda?

“Maknanya tak cara (tak buat kerja) enam bulan dah (berlalu) masih tak selesai,” soal beliau.

Haji Ghazali (kanan) dan Harun Taib (kiri)

Beliau amat bimbang kerana duduk dalam keadaan sekarang tanpa sebarang dokumen, mungkin dihalau keluar dari rumahnya sendiri.

Sehubungan dengan itu, seorang penduduk lain yang ditemui, Harun bin Taib berkata, beliau juga menghadapi masalah yang sama seperti jirannya, Raja Abdullah.

Katanya beliau sudah menyelesaikan tunggakan bayaran sebanyak RM4,000 dengan wang yang diberikan oleh anaknya.

”pada mulanya ada tunggakan RM4,000, kemudian anak kita hantar duit, jadi kita bayar , kita dah bayar…..bayar habis semua,

”tapi tak boleh geran pun, dia janji nak beri geran,” ujar beliau

“Borang pindah milik KETENGAH diserahkan kepada pemilik baru yang sudah ditandatangani dan diberi salinan,

Rumah Harun Taib

“Geran milik kekal kita tetapi tak tahu bila kerajaan akan beri,”tambah beliau.

Justeru itu, PAS berharap agar pihak berkenaan berfikir panjang dan mempermudahkan serta meluluskan geran supaya penduduk sifat kebencian tidak berlaku kepada pemimpin kerajaan.

“harap pihak berkenaan supaya mempermudahkan diluluskan geran kepada mereka-mereka ini yang saya rasa kalau perkara ini berlaku kadang-kadang (menjadikan) kebencian kita jadi meningkat,

“Jadi (kita) mengharapkan supaya pihak berkenaan berfikir panjang khasnya kepada penduduk kita pribumi di Bandar Al-Muktafibillah Shah,” ujar Haji Ghazali