Penduduk Kampung Cina Jabor Ucap Terima Kasih Kepada Dr. Sam

115
Encik Phua Ka Heng

KUALA TERENGGANU – Seramai 50 orang penduduk Kampung Cina, Jabor bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan khususnya kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah meluluskan lot tanah kediaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Encik Phua Ka Heng berkata, para penduduk di kawasan itu telah menunggu sekian lama untuk mendaatkan hak milik tanah tersebut.

“Tanah itu (sebenarnya) tanah kerajaan. Mereka bina rumah sendiri dari dulu lagi sejah 100 tahun yang lalu.

“Tanah kerajaan tapi dia mohon dari kerajaan dulu sampai sekarang sekurang-kurangnya 80 tahun duk situ .saya punya tok duk situ sampai sekarang. Jadi yang BN dulu pegang sudah 60 tahun tapi tak dapat geran, masa dia jawab semua tipu.

“Bila PAS memerintah saya usaha dengan YB Cikgu Razak kita berkerja sama dengan YB Exco Haji Hanafiah Mat usaha sampai boleh,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas mengenai tanah yang telah diluluskan baru- baru ini.

Menurutnya, tanah yang dapat merupakan tanah lot kediaman.

“Saya ucap terima kasih sudah dapat geran. Penduduk situ 80 tahun.

“Masa Umno pegang kita tanya tunggu menang dulu jawapan dia, sampai tunggu, menang tunggu menang, ini kerajaan PAS sudah dapat.

“Semua 50 buah rumah, semua sudah lulus, MB semua sUdah lulus dan yang dapat anggaran dapat geran 30 dan selebihnyaa anggaran 18 orang sebab syarat belum dapat kerakyatan (Lahhir di hospital Kuantan).

Beliau menambah, Kampung Cina Jabor yang berada dalam DUN Chukai merupakan kawasan yang paling jauh bersepadan dengan negeri Pahang.

“Kalau ikut 60 peratus sokong PAS . kawasan ini ikut memang dari dulu BN kuat kita kena kerja betul-betul.

“Dari dulu PAS tak pernah menang 60 tahun tapi Unit Daerah Mengundi (UDM) baru ini menang , sini kuat menang BN,” tambah beliau.