Penduduk Gesa Kaji Semula Operasi Kuari

4202

Oleh DMS

SETIU – Penduduk sekitar kampung Bukit Nenasi, Bukit Wan, Lingai, Bukit Cempaka dan Pondok Lalang berhampiran Batu Rakit dekat sini, menggesa pihak berkuasa mengkaji semula operasi sebuah kuari berdekatan.

IMG_20160415_235641Mereka mendakwa kuari itu yang kini terletak dalam kawasan penempatan, mengancam keselamatan dan menjejaskan kualiti hidup penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung terbabit, Khairul Nizam Rozali berkata, selain terkesan dengan pencemaran bau, bunyi, dan habuk yang menjejaskan kesihatan, kuari itu menjadi ‘kawah maut’ yang sedang menunggu mangsa untuk dikorbankan.

“Kampung Bukit Nenasi, Bukit Wan, Lingai, Bukit Cempaka dan Pondok Lalang ternyata terkesan dengan situasi yang berlaku akibat dari pencemaran bau, bunyi, habuk dan keselamatan.

IMG_20160416_153729“kita sangat bimbang dengan struktur tanah yang terdedah kepada suatu malapetaka apabila yang digali demikian yang telah membetuk lubang kawah sangat dalam,”tegasnya.

Katanya, para penduduk sekitar juga sentiasa dalam dalam ketakutan kerana mereka melaporkan kuari terbabit tidak bekerja mengikut masa.

“awal pagi dah mula beroperasi dan tamat hampir gelap, kadang-kadang sampai malam pun mereka juga bekerja,

“gangguan dari bunyi mesin dan letupan untuk memecahkan batu sering menganggu penduduk,”tambahnya.

IMG_20160416_154128Lebih memburukkan lagi keadaan, katanya, gegaran kuat dirasai oleh penduduk apabila kuat letupan kuat digunakaan untuk memecahkan batu.

Menurut seorang penduduk Raduan Jusoh, gegaran yang dapat di rasai sekitar dua kilometer dari kuari tersebut.

“Lebih kurang dua kilometer………gegaran masih terasa………di samping habuk dan bau dari minyak yang di masak untuk buat tar yang tidak menyenangkan,

“Kerja letup bongkah batu……..dia buat tak kira waktu, tingkap rumah bergegar……..air bukit yang jadi sumber utama penduduk kampung juga tercemar, terganggu,”jelasnya.