Penduduk Diminta Bersabar Dan Berdoa

1492

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang terkesan dengan kebakaran hutan paya gambut diminta supaya bersabar dan sentiasa berdoa agar hujan turun.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun melahirkan simpati kepada mereka yang setiap hari terutamanya di waktu malam terpaksa menghidu bau dan suasana udara yang dicemari asap yang berlaku semenjak sebulan yang lalu.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Dungun sudah melakukan usaha-usaha memadamkan api,” katanya. yang dihubungi oleh wakil Buletin Online selepas lawatannya ke pos sementara Bomba dan Penyelamat di Balai Besar , di sini, baru-baru ini.

“Kawasan yang dilanda kebakaran dalam 25 hektar, hasil 2,3 hari bertugas, semalam tinggal tiga hektar.

“Masalah yang dihadapi pihak bomba ialah bekalan air, hanya satu pili bomba, kawasan berpaya dan longkang – longkang sedia ada kekeringan,” jelasnya.

Daripada taklimat, tambah beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun itu, bantuan hujan sehari dua ini, akan dapat membantu memadamkan api tersebut.

“Alhamdulillah pihak bomba mendapat bantuan agensi kerajaan dan juga daripada individu yang sudi mengali untuk  membuat longkang supaya air daripada Sungai Dungun dan penebatan banjir dapat mengalir ke tempat kebakaran.

“Inilah punca-punca kemungkinan boleh membantu bomba disamping juga ada empat ‘tube well’ di kawasan DUN Rantau Abang,” terang nya sambil memuji usaha-usaha yang bersungguh-sungguh daripada pasukan penyelamat tersebut.

Alias seterusnya memberitahu, masalah yang dihadapi sebelum ini, apabila pili bomba  hanya mampu mengisi 200 liter padu  air dalam satu tangki dan hanya memakan masa satu jam sahaja untuk memadamkan kebakaran.

“Bomba juga mengambil kira jika ianya digunakan secara berterusan boleh menjejaskan bekalan air penduduk di sekitar itu,” katanya lagi yang juga melahirkan rasa terimakasih dengan penglibatan Jabatan Amal Dungun dan
Anggota Pertahanan Awam(APAM) Dungun.