Pendirian Pakistan Terhadap Kashmir Tidak Berubah

145

Pendirian Pakistan terhadap isu Kashmir tidak berubah, walaupun terdapat perkembangan positif baru-baru ini dengan saingannya, India.

Jurucakap Kementerian Luar Negara, Zahid Hafeez Chaudhri berkata, kedudukan Islamabad bergantung pada resolusi PBB.

“Kedudukan kami bertumpu pada resolusi PBB mengenai pertikaian Jammu dan Kashmir,” katanya pada satu sesi taklimat, di ibu kota Islamabad

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Pakistan menghapuskan sekatan import, hampir dua tahun ke atas gula dan kapas dari India.

Islamabad melarang import barang dari India setelah New Delhi melucutkan hak istimewa Jammu dan Kashmir pada Ogos 2019.

Wilayah bergolak itu dituntut oleh kedua-dua negara sejak mereka berpisah pada tahun 1947, mencetuskan dua perang.

Beberapa kumpulan Kashmir telah menentang pemerintahan India untuk kemerdekaan, atau penyatuan dengan negara jiran Pakistan.

Menurut beberapa organisasi hak asasi manusia, ribuan orang telah terbunuh dan diseksa dalam konflik sejak 1989.

Ia berlaku di tengah-tengah hubungan yang erat antara kedua-dua jiran, sehingga pada bulan Februari, tentera kedua negara mengumumkan gencatan senjata di sepanjang perbatasan yang diperdebatkan di Kashmi

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Imran Khan pada Hari Solidariti Kashmir pada 5 Februari lalu, Islamabad akan memberi hak kepada orang-orang Kashmir jika mereka ingin menjadi sebahagian daripada Pakistan atau kekal bebas.