Pendidikan Islam Harapan Ummah

1106

Oleh Raihanah

Pendidikan Islam yang diterapkan di Kolej Universiti Darul Quran
Islamiah (Kudqi) yang menjadi salah satu institusi dibawah jamaah Islam tidak boleh dipandang mudah.

Ini kerana, kata Guru Hal Ehwal Pelajar Kudqi, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bahawa para pelajar yang dididik dengan ilmu agama sebenarnya menjadi harapan ummah.

Katanya, para pelajar terbabit bukan sahaja menjadi harapan Kudqi tetapi juga harapan negeri Terengganu dan ummah seluruhnya.

“Antum (pelajar) semua ini bukan sahaja jadi harapan Kudqi kita ini, malah antum juga adalah harapan ummah dan harapan negeri Terengganu ini sendiri sebagai pemimpin masa depan, Insya Allah,” ujarnya.

kam3477(a)-kudqi1-2Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (Kudqi) 2016 di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Program hari keluarga yang julung kali diadakan itu bagi memantapkan hubungan ukhuwwah
Ustaz Kamaruzzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kudqi yang terlibat dengan jamaah Islam
.
Katanya, mahasiswa lepasan Kudqi banyak menyumbang kepada gerakan Islam sekaligus bakal menyambung kepimpinan parti ini.

“Saya ucap tahniah kepada MPM kerana telah banyak membuat perubahan kepada Kudqi ini dengan kesepakatan dan kesatuan yang gigih, ia merupakan satu latihan kepada pelajar untuk menghadapi masyarakat di luar.

“Harapan saya cukup tinggi kepada mahasiswa yang terlibat dalam Jemaah (PAS) ini, kepada siapa lagi hendak kita harapkan.

“Kesabaran yang tinggi amat diperlukan kerana ragam manusia di luar (masyarakat) tidak sama dengan pelbagai perangai dan masalah,” jelasnya kepada 120 orang mahasiswa, pensyarah dan kakitangan Kudqi.

kam3477(b)-kudqi2-2Pengarah programnya, Amirul Aizab Mohd berkata tujuan ‘family day’ 2016 ini bagi merapatkan hubungan silaturrahim dengan semua warga Kudqi.

Katanya, slogan “Mantapkan Ukhuwwah Teras Kejayaan Ummah” diangkat sebagai tema Hari Keluarga Kudqi 2016.

Menurutnya, pusat pendidikan Kudqi juga menjadi mercu tanda kepada pendidikan Islam di negeri ini.

“Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah atau lebih dikenali dengan panggilan Kudqi ini menjadi mercu tanda utama untuk Islam, terutama dari sudut ukhuwwah sesama Islam.

“Maka, kita sebagai seorang mukmin yang sejati hendaklahg saling menguatkan di antara satu sama lain dengan Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan,” jelasnya

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti perlawanan tarik tali antara pelajar dengan pensyarah, pertandingan anak-anak pensyarah dan cabutan peserta bertuah bagi semua warga Kudqi.

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (Kudqi) tersebut diasaskan penubuhannya oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Allahyarham Dato’ Harun Taib di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir.