KUALA NERUS – Pendidikan awal yang betul merupakan pelaburan paling bernilai dalam membentuk anak-anak berakhlak, berilmu dan berteraskan akidah, demi masa depan ummah dan negeri.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dato’ Dr. Alias Razak berkata, PAS hadir dalam arena politik bukan sekadar untuk menang pilihan raya.
“tetapi membawa misi lebih besar iaitu membina insan yang mengenal Tuhan dan mencintai ilmu.” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugersh PASTI Al-Huda Banggol Pradong pada Jumaat 19 Disember.
Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang menjayakan majlis ini.


“Seronok dan kagum melihat keyakinan, adab serta kebolehan anak-anak cilik PASTI ketika mempersembahkan hasil didikan guru-guru yang ikhlas, disertai doa dan sokongan padu daripada ibu bapa.” tambahnya.
Justeru itu, kata beliau, PAS terus istiqamah sebagai parti tarbiah, memperkukuh pendidikan Islam bermula dari PASTI sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.































