agar mengambil tindakan segera memeriksa rekod-rekod mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi pada sukuan (tiga bulan) pertama tahun ini.
Ia berikutan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan membuka pameran semakan, bantahan dan tuntutan untuk suku 1 tahun 2010 bermula pada 26 April hingga 2 Mei 2010.
Jurucakap Bilik Gerakan JPPNT, Al-Ghazali berkata, dalam tempoh tersebut, seseorang yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi namanya tidak ada di dalam senarai yg dipamerkan, boleh mmbuat tuntutan supaya namanya dimasukkan ke dalam senarai pengundi.
”setiap tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG B dan tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.
Menurutnya, bagi kes-kes bantahan terhadap seseorang pengundi lain hendaklah menggunakan BORANG C.
”Sekiranya kita didapati nama seseorang yang bukan pengundi tempatan terdapat dalam senarai pemilih yang dipamerkan,
”atau ada nama yang dipamerkan dalam senarai pemilih, tetapi ia tidak tinggal atau tidak berasal seperti di alamat yang tercatit dalam senarai, bantahan boleh dibuat,”katanya yang menambah setiap bantahan dikenakan bayaran RM10.
Katanya, sebarang masalah yang timbul berkaitan perkara diatas, bolehlah merujuk kepada beliau ditalian 0139332304 atau kepada pegawai JPPNT, Ustaz Fakhruddin ditalian 0199109478.
Senarai Pendaftaran Pemilih bagi kawasan-kawasan Parlimen, Bagi Sukuan 1, Tahun 2010 sebagaimana dimaksudkan diatas, boleh di muat turun seperti senarai dibawah (klik);
1. Senarai Pemilih Tambahan Besut
2. Senarai Pemilih Tambahan Setiu
3. Senarai Pemilih Tambahan Kuala Nerus
4. Senarai Pemilih Tambahan Hulu Terengganu
5. Senarai Pemilih Tambahan Kuala Terengganu
6. Senarai Pemilih Tambahan Marang
7. Senarai Pemilih Tambahan Dungun
8. Senarai Pemilih Tambahan Kemaman


























