Pencuri Bermaharajalela, Polis Gagal Ambil Tindakan

3319

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/IMG_6391.JPGBeliau yang mengusahakan kilang pengeluaran batu bata bermutu tinggi. di bangunan bekas kilang papan lapis telah beberapa kali membuat laporan polis berkenaan kecurian yang dialami pihaknya.

Menurutnya, bahkan, beliau pernah menangkap sendiri pencuri berkenaan lalu menghantarnya ke balai polis namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib tersebut.


“Kilang tersebut telah dijual kepada seorang peniaga. Saya menyewa dari peniaga tersebut dan mengusahakan pelbagai perusahaan.(Gambar – Siew menunjukkan tempat dimana mesin acuan batanya diletakkan, sebelum dicuri)

“Sejak itu pencuri-pencuri itu masuk dan keluar sesuka hati dan mencuri pelbagai barang termasuk pemampat udara, mesin acuan batu bata serta 8 set alat gantinya, pam air dan gunting besi,” katanya ketika bertemu dengan pihak media hari ini.

Menurutnya, selain peralatan yang menjadi kegunaan untuk perusahaannya, pencuri-pencuri berkenaan turut mengambil barangan-barangan berharga yang terdapat pada bangunan itu.
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/kecurian%20wakaf%20tembesu%20004.jpg
Katanya, antara yang dicuri adalah bingkai pintu dan tingkap, alat ventulasi, lampu tumpu dan lain-lain.

“Kalau cuaca tidak hujan, mereka dating sekali sekala dan kecurian tidak berlaku dengan kerap,”

“Tapi baru-baru ini bila musim hujan bermula, mereka datang beramai-ramai satu ketika sepuluh hingga lima belas orang,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu pihak media beliau ada menugaskan 3 orang pekerja yang mengawal kawasan seluas 10 hektar, namun seorang daripada pegawai keselamatannya pernah cuba dibunuh dengan cara ditikam oleh pencuri-pencuri tersebut menggunakan pemutar skru.

Beliau kesal kerana sehingga kini pihak polis gagal mendakwa pencuri-pencuri yang dikenali.

Katanya, apabila beliau bertanyakan tentang perkara tersebut kepada pihak polis mereka menjawab kes tersebut kes itu masih dalam perhatian. Namun begitu, pihaknya ragu-ragu dengan kenyataan itu kerana pihak polis tidak pernah mencuba menyelesaikan kes itu.

“Atau polis sudah tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan kes-kes kecurian yang berleluasa dan pencuri-pencuri yang bermaharajalela,” sindirnya

http://www.youtube.com/watch?v=BIIpxVzCATw.