Sebagaimana pendirian rasmi Pas Kawasan Kuala Terengganu terhadap YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah yang telah diisytiharkan secara rasmi perlantikan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu.
Berlandaskan prinsip berjemaah, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT) berdiri teguh menyokong pendirian PAS Kawasan Kuala Terengganu yang berpegang kepada pekeliling PAS Pusat berkaitan GHB (PAS/PA/2.01/15-17(8) bertarikh 29.7.2015) antaranya tidak lagi menggabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan dan sokongan kepada YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.
Maka arahan ini terpakai kepada semua Pemuda Pas Kuala Terengganu di semua peringkat iaitu kawasan, DUN dan cawangan serta seluruh lajnah dan jabatan yang berada di bawah pentadbiran DPPK Kuala Terengganu.
Sekian
Mohd Azrin Mohd Aris
Ketua
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu
3.8.2015




























