Pemuda PAS Pantau Kegiatan Penyelewengan Kewangan Kerajaan Negeri

761

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/ustmnorhimpit.jpgKetuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya menyedari Umno menggunakan kewangan rakyat dan kerajaan negeri Trengganu, yang diluluskan melalui perbekalan tambahan dalan Dewan Undangan Negeri September lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata sepatutnya kerajaan menggunakan kewangan tersebut memberikan latihan kepada anak-anak muda bukan untuk mengukuhkan Umno dengan program ’Dana Bakti Remaja’.

”Kita mendapat maklumat di Paka ada seratus lebih dan di Sura ada seratus lebih (anak-anak muda) dan kita sedar dimana-mana mereka memanggil anak-anak muda (menyertai program Dana Bakti Remaja),

”sepatutnya RM200 itu (dibelanjakan) untuk kerja yang lain, memberikan latihan, khidmat dan berbagai lagi, yang sepatutnya memberikan mereka (anak-anak muda) kemahiran dalam kerjaya, akhlak yang baik dan kefaham Islam” katanya ketika ditemui selepas ceramah sempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) di Kampung Geliga, Chukai, disini kelmarin.

Beliau berkata pemuda PAS Terengganu mengambil tindakan bertemu dengan mana-mana pemuda yang hadir dalam kursus tersebut dan membuat tindakan susulan.

Katanya melalui pertemuan dengan anak-anak muda tersebut, pemuda PAS telah diberi jaminan, walaupun mereka mengambil wang dari Umno, mereka tetap akan menyokong PAS.

Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.

“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada 8 Jun, 2009.

http://www.youtube.com/watch?v=6yXzJvrd7_8