Pemuda PAS Bawa Sumbangan Rakyat Terengganu Ke Sabah

425

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah berjaya melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha hasil sumbangan rakyat negeri ini yang Prihatin untuk masyarakat Kinabatangan, Sabah.

Ketua DPPNT, Mohd Harun Esa berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha murni dalam menyatuni komuniti Islam di kawasan pedalaman serta mempererat ukhwah antara dua negeri.

Menurutnya, sembelihan korban itu telah disempurnakan pihaknya bersama Ustaz Muzani Abdul Rahman bertempat di Masjid Al Furqan, Kampung Sinar Jaya.

“Proses penyembelihan dan agihan daging korban berjalan lancar dengan kerjasama penduduk setempat yang turut hadir memberi sokongan,” ujarnya menerusi suatu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau merakamkan Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Terengganu yang telah menyumbang dan menjayakan program terbabit.

“Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat yang memerlukan,” ujar beliau.