Pemuda Mesti ‘Kendiri’

1776

Oleh : Ahmad Mawardi

HULU BESUT – Pemuda Islam hari ini perlu mengatur gerak kerja dari sekarang, tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hilmi Harun berkata, mempertahankan kemenangan amat sukar dengan banyaknya fitnah diakhir zaman ini.

Beliau menggesa agar, kekalahan PAS terdahulu menjadi pengajaran buat semua dalam memperkukuh gerak kerja parti.

“generasi awal pemuda akan menjadi pemangkin generasi sekarang, di atas semangat dan roh pemuda ini, beramallah untuk dunia seperti hidup selamanya,

“dan beramallah untuk akhirat seperti kematian diesok hari…….wahai pemuda, jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu.

“Jika kalian berkumpul untuk memberi manfaat kepada sesuatu, sesungguhnya tidak akan dapat manfaat tersebut, kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata demikian ketika berucap dalam Program Kembara Merdeka 2018 Belia DUN Manir, di dewan La Hot Spring Resort Hulu Besut pada Sabtu, 1 September.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemuda pantai timur mempunyai kelebihan kerana banyak program-program ilmu yang sebahagian besarnya dapat membentuk jiwa pemuda yang kuat dan istiqamah.

Menurutnya atas dasar itu, PAS rela tidak bersama dengan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu.

“Menjadi kekuatan parti dan jemaah Islam dalam proses pelaksanaan Islam yang sebenarnya…..PAS sanggup keluar daripada Pakatan demi menjaga dasar dan perinsip-prinsip Islam.” Tegas beliau.

Konvoi 100 pemuda dan belia hadir dalam Program Kembara itu bermula 11.30 pagi dari perkarangan Kompleks Al-Kawthar Kubang Lembek dan sampai ke destinasi La Hot Spring Resort pada jam 2.30 petang.

Majlis diakhiri dengan dialog pemuda bersama YB dan disudahi beberapa awal cabutan bertuah.