DUNGUN – Tanda-tanda saat, dekat dengan pilihan raya umum (PRU) ialah apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini ‘tidak nampak batang hidung’, mula keluar masuk kampung
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, jangkaan sebahagian besar daripada para pemerhati politik tanah air, PRU ke -14 adalah terlalu semakin hampir.
“Ada yang (kita) nampak panjat tangga……salin dinding dan tukar atap, ada yang nampak kalau kat kampung tu pergi menoreh getah,
“Dan ada yang naik basikal bersama orang kampung…. ada yang bawa kereta sorong buat kerja bersama dengan masyarakat…..ada wanita nampak suap makanan kepada mulut orang tua,” ujarnya.
Tidak kurang juga yang kita tengok, kate beliau, mereka bersama masyarakat hanya pada hari ini, membawa sekampit bagi duit.
Katanya, berbagai –bagai lakonan yang semua itu menggambarkan bahawa inilah tanda-tanda hampirnya berlaku pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Macam kiamat juga ada tanda-tanda akhir (zaman) sedangkan kerja-kerja kebajikan dan kerja bersama masyarakat ini bukanlah kerja lima tahun sekali,
“Nak pilihanraya (barulah pemimpin Umno) sibuk turunlah jumpa orang susah… melawat orang sakit…,” jelasnya.
Sebaliknya, kata beliau, bagi Parti Islam Semalaysia (PAS) kerja-kerja kebajikan, dakwah dan menyeru kepada makruf adalah kerja yang berterusan dan berlangsung sepanjang masa.
“Kita melihat pemimpin dan ahli kita diperingkat kawasan dan peringkat DUN serta cawangan sentiasa melakukan kerja-kerja yang bersifat kebajikan bukan hanya nanti dekat pilihanraya,
Sebab itu itulah, katanya, pimpinan PAS sentiasa berada di sisi masyarakat pada masa, sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya.
“Kita telah turun berjumpa dengan orang sakit dan orang susah membantu mereka dengan menziarahi dan menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka tidak terhenti hinggalah hari ini.
“Dan inilah merupakan dasar perjuangan kita sebagai seorang Islam yang wajib untuk kita bersama dengan perjuangan PAS ini,” kata beliau