KUALA TERENGGANU – Sistem pemerintahan dalam sesebuah negara yang gagal dan tidak efektif serta tidak cekap haruslah ditukar dengan kerajaan baru, untuk menghidupkan kembali sistem demokrasi.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan yang ingin dibawa oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya di negeri Terengganu.
Katanya, ini adalah politik harmoni bukan politik balas dendam ataupun politik permusuhan.
“Parti PAS menyertai pilihan raya adalah untuk melakukan perubahan bagi mengajak rakyat dan manusia dalam negara kita ini supaya di selamatkan dengan Islam,
“dan kita hendaklah memahami bahawa politik pilihan raya melakukan perubahan ini seharusnya menjadi suatu pertandingan yang sihat,


“yang sewajarnya diterima positif oleh seluruh rakyat negeri Terengganu,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana HARAP 3.8 di Dataran Kuala Ibai, Hadapan Mydin, Jumaat, 23 Mac, disini.
Katanya, banyak projek infrastruktur dan ekonomi yang ada sekarang ini di negeri Terengganu, menghadapi masalah.


“dan memastikan bahawa projek yang mendatangkan kebaikan dan menyelesaikan masalah rakyat perlu diutamakan berbanding dengan projek mega yang sangat indah pada pandangan mata tetapi tidak mendatangkan manfaat,”tegas beliau.
Menurutnya lagi, kerajaan baru dibawah pimpinan PAS nanti harus mengambil langkah bagi menilai hasil cukai samada langsung atau tidak langsung yang dikenakan kepada rakyat.
“Cukai yang dikenakan kepada peniaga dan nelayan serta petani dapat dilihat dan dinilai,
“Dan mana-mana kesusahan yang memberikan tekanan kepada rakyat haruslah dikaji dan digantikan dengan perkara yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat,” jelas beliau.


“PAS harus memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak kita dari aspek kesihatan, sosial dan keselamatan serta amalan kehidupan beragama di negeri Terengganu,
“Dan perlu memastikan segala projek kerajaan pusat di negeri Terengganu dibawah koridor ECER umpamanya ataupun projek ECRL supaya mendatangkan manfaat kepada rakyat,” jelas beliau lagi.
Justeru, beliau percaya kepimpinan PAS sekiranya diberi amanah akan melakukan perubahan yang terbaik dan mengembalikan kegemilangan, akhirnya negeri Terengganu mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT.





























