Terengganu, Malaysia

Pemergian Muhammad Adib Dianggap Mati Syahid

wan hassan

Oleh : Sulaiman Hafizi

DUNGUN – Pemergian Muhammad Adib begitu dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan kehilangan Wira Merah itu bolehlah dianggap mati syahid.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim itu.

“Kita telah pun menghantar wakil dari Dungun ke Kedah iaitu kampung halaman Allahyarham untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

“Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dan berharap pihak kerajaan dapat buat sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini dengan seadil-adilnya,” ujarnya ketika dihubungi di sini pada 20 Disember.

Beliau menyatakan demikian dalam mengulas kematian pegawai bomba dan penyelamat itu yang parah selepas dipukul kumpulan perusuh di dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lepas.

Menurutnya, Allahyarham akan sentiasa dikenang di setiap hati rakyat Malaysia.

“Semoga ahli keluarga mangsa sabar mengadapi keadaan ini dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan