Pembinaan Rumah Padang Setengge Berjalan Lancar

1796

KUALA TERENGGANU – Pembinaan rumah Padang Setengge, Kuala Berang yang terbengkalai sekian lama kini sedang berjalan dengan lancar.

Bendahari PAS kawasan Hulu Terengganu, YB Dr Mamad Puteh berharap agar projek perumahan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya.

“Perkembangan terkini peratusan kemajuan Perumahan Padang Setengge yang sedang dibaik pulih.

“Kerja-kerja masih berjalan dan saya hargai usaha keras pekerja yang tetap bekerja untuk menyiapkan rumah ini walaupun pada hari jumaat,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utuliti dan Teknologi Hijau negeri berkata demikian melalui laman sosialnya pada hari ini.

Menurut beliau, turut bersama dalam lawatan itu ialah Yang Dipertua PAS, Haji Muhyiddin Ab Rashid.

Oleh itu, ADUN Kuala Berang itu, usaha membangunkan semula kawasan yang terbiar sejak sebelum tahun 1999 itu bukanlah suatu perkara yang senang.

“Ia bukan satu usaha yang mudah dan amanah tetap perlu dilaksanakan kerana ianya satu tanggungjawab,” tambah beliau.