Pemberontak Nafi Bunuh Beratus Orang Dalam Kawasan Masjid

792

Komander pemberontak Selatan Sudan Riek Machar berkata tenteranya tidak terlibat dalam kejadian pembunuhan beratus-ratus orang di bandar Bentiu yang menjadi rebutan.

Sebelum itu, PBB telah menuduh mereka membunuh lebih daripada 200 orang dalam kawasan sebuah masjid sebaik sahaja selepas mengusir tentera pemerintah dari bandar itu minggu lalu.

Video yang dirakam rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menunjukkan mayat bergelimpangan umpama sampah di jalan-jalan di bandar itu dan bahagian dalam masjid terbabit.

Machar, yang dipecat sebagai naib presiden oleh Presiden Salva Kiir pada Julai 2013, memberitahu bahawa pemberontak beliau tidak akan membunuh orang-orang mereka sendiri .

“Saya menghubungi komander bidang ketenteraan di Bentiu yang memberitahu saya bahawa tuduhan sedemikian adalah tidak benar.

“Pertama sekali kita menghormati rakyat kita, dan majoriti daripada kuasa-kuasa adalah dari rantau ini dan kita tidak boleh membunuh rakyat kita,” kata Machar.

tmp_IMG_20140423_023324-1923820073Konflik di Selatan Sudan telah beralih kepada dimensi baru melibatkan pelbagai etnik yang berpangkalan di Bentiu, ibu negeri pengeluar minyak negeri Unity.

Orang ramai yang ditemui enggan bercakap dengan wartawan kerana takut tindakan balas. Kumpulan yang berbeza dari Dinka dan Nuer Selatan Sudan dan Darfuris dan Misseriya Arab dari Sudan yang tknggal dalam Bentiu.

Konflik kini berubah kepada dimensi etnik, dan penduduk Bentiu melihat jiran-jiran mereka sangat berbeza .

Penyiasat PBB berkata beratus-ratus orang awam terbunuh kerana etnik mereka selepas pasukan pemberontak merampas bandar itu minggu lepas.

Misi PBB di Selatan Sudan mengutuk apa yang dikenali sebagai “rancangan pembunuhan orang awam berdasarkan asal-usul etnik dan kewarganegaraan mereka”.

Beribu-ribu orang di Sudan Selatan terbunuh dalam keganasan dan lebih daripada satu juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Sejak Disember lalu tentera pro-Kiir dan mereka yang taat kepada Machar mula berjuang mengikut etnik selepas Machar dituduh oleh Kiir melancarkan rampasan kuasa.

Wakil PBB Toby Lanzer berkata pada hari Isnin bahawa, orang “yang dikaitkan dengan pembangkang” mempunyai dan menggunakan sebuah stesen radio FM untuk menyiarkan ucapan benci membenci di bandar Bentiu.

“Dengan ucapan benci membenci dan keganasan yang berterusan kerana mereka itu, kita akan mempunyai malapetaka yang lebih besar dijangka pada akhir tahun ini,”

“Saya berfikir bukti menyedihkan dengan keadaan semasa adalah bahawa kita mempunyai ahli-ahli semua masyarakat, walaupun mereka yang dituduh mengelola kejadian jenayah, mereka melarikan diri ke pangkalan PBB. “ujarnya.