Pembangunan Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang; Penduduk Tidak Setuju Harga Yang Ditawarkan Kerajaan

1673

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/taklimatDatoKu1.JPGPenyerahan balik tanah kedua-dua kampung tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi memandangkan keperluan pembangunan semasa yang semakin mendesak.

Walaupun begitu, disebalik persetujuan tersebut, mereka membantah tentang harga yang ditawarkan kerajaan.

”Perbincangan itu sebenarnya merupakan satu taklimat tentang, supaya orang-orang (kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang) faham tentang proses undang-undang dan apakah hak kita,

”jadi, kita (saya) terangkan bahawa pengambilan balik (tanah) ini sesuatu yang mesti dibuat (dan) harga boleh dibantah, tak beri ambil balik (tanah) mengikut undang-undang tak boleh,

”bantahan pada harga sahaja,”jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/taklimatDatoKu2.JPGBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat dan dialog bersama lebih 50 penduduk kampung Ladang Tok pelam dan Ladang Mengabang di sini semalam.

Menurutnya, semua penduduk yang hadir dalam sesi taklimat tersebut telah memahami bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut dan majoriti telah bersetuju untuk membuat bantahan.

”Tuan tanah yang ada tanah setuju untuk buat bantahan, semua tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah,

”tuan-tuan tanah bersetuju untuk buat bantahan (tentang harga yang ditawarkan kerajaan),”katanya.

Menurutnya lagi, tanah Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang akan diambil balik oleh kerajaan negeri Terengganu dan diserahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu untuk dibangunkan.

”Yang memajukannya (membangunkan) akan diserahkan kepada agensi kerajaan samada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenganu atau LTAWNT sendiri,

”komponen pembangunan belum diberitahu (kepada saya) tapi dibayangkan dia (kerjaan) akan buat dua jalan dan ditengah-tengah akan dibuat bermacam-macam (pembangunan),

”termasuk flat (rumah pangsa) untuk kegunaan (dijual semula) kepada orang-orang (kampung) Ladang,”katanya sebagaimana yang dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.

http://www.youtube.com/watch?v=j2nxhQUHlHA