Pelancongan Bakal Jadi Usaha Utama Jika PN Perintah Melaka

142

ALOR GAJAH – Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman yakin, pelancongan akan jadi aktiviiti utama sekiranya Perikatan Nasional (PN) menerintah Melaka.

Beliau berkata, negeri yang sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu adalah dalam laluan pelancongan.

“Melaka terletak diatas laluan, kalaa orang utara atau tengah nak ke Johor, mereka akan lalu di Melaka, begitu juga kalau orang Terengganu nak ke Negeri Sembilan, mesti lalu Melaka,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu berkata demikian dalam program ‘Sembang Santai’ atas talian pada Jumaat, semalam.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung melalui laman facebook calon PAS-Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Durian Tunggal , Ja’afar Othman.

YB Ariffin dalam lawatan, memantau perjalanan PRN Melaka berlangsung menggunakan kaedah penyiaran dan teknologi maklumat yang tinggi.

Menurutnya ia adalah kerana, larangan berkempen secara bersemuka dan beberapa sekatan lain bagi mengekang penularan Covid-19 di kalangan penduduk dan para petugas pilihan raya.

Sebelum itu, ketika bertemu para petugas di sini, beliau menyeru agar mereka dapat mengambil pengelaman sebanyak yang boleh.

“medan PRN Melaka ini sebagai medan Latihan untuk persiapan pilihan raya umum kali ke-15 yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai tahun depan,” jelasnya.

Sepuluh orang tenaga Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu telah berkampung di DurianTunggal sejak hari penamaan calon, ditambah dengan anggota daripada PAS Kawasan-kawasan.