Pelancaran Betik Manis Hybrid

2433

DUNGUN – Tanaman betik manis hybrid ialah projek yang pertama di bawah anjuran GM peladang telah dilancarkan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, tanah dan bumi yang subur akan memudahkan penyemaian benih betik hybrid tersebut.

“Pengurus projek Haji Syaari memaklumkan 1000 biji benih betik akan diagihkan kepada peserta,

“dan seramai 200 orang secara percuma serta akan dibimbing oleh agensi-agensi kerajaan seperti Peladang, Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan projek tanaman betik manis hybrid di Surau Haji Wan Ismail, Jalan Melati pada Jumaat, 13 Julai.

Katanya, beliau memetik ayat quran surah al furqan ayat ke 48 yang bermaksud “Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.

“ianya menggambarkan bahawa alam semula jadi terutama air yang datang dari anugerah Allah Taala akan membantu setiap peserta untuk penyemaian benih betik hybrid tersebut,

“dan peserta-peserta akan dipilih dari kampung yang berhampiran antaranya kampung Jalan Melati, Kampung Sura Tengah, Kampung Batu 48, Kampung Sura Jeti dan Kampung Sura Hujung,” katanya.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi J3K cawangan Jalan Melati, Pengerusi KRT Jalan Melati En Amran, Pengerusi Surau Ust Haji Syaari dan penduduk sekitar.

“dan pembimbing yang hadir Encik Ghazali memaklumkan yang betik hybrid ini mempunyai pasaran yang tinggi untuk dijual,” tambahnya.