Oleh ; Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU–Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berasa bangga apabila berpeluang menyertai satu program belia di Terengganu ketika pulang bercuti semester yang mana program tersebut telah membuka peluang untuk menimba pelbagai ilmu dan mencuba perkara baharu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini
Nur Farahin Fasha,23,merupakan ketua kumpulan yang memenangi tempat pertama mendapat hadiah bernilai RM600, bekerja sambilan di kedai Monalicious di Jalan Kamaruddin berkata, beliau sangat bangga kerana program sebegini diadakan di Terengganu.
“Banyak perkara baharu yang saya belajar, dan ia memberi saya pengalaman berharga.
“Program ini memberikan impak yang besar kepada dirinya dan berharap agar lebih banyak program seumpamanya dianjurkan pada masa hadapan.
“Saya berharap program ini dapat membuka mata masyarakat, terutama rakyat Terengganu, untuk terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat seperti ini,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini mengulas mengenai program Explorasi Alamada Beliawanis Merdeka 2024 yang diadakan dDataran batu Buruk.
Nur Farahin mendapat tahu tentang program tersebut melalui kenalan kakaknya yang bekerja di bahagian belia.
Beliau menambah, walaupun pada saat akhir terpaksa mencari penganti disaat akhir, kumpulan mereka bersyukur kerana dapat menyertai program itu.
“Saya memang minat menyertai pelbagai program, tidak kira sama ada ia berbentuk aktiviti fizikal atau taklimat.
“Program ini memberi peluang untuk saya menyumbang idea serta bekerjasama dalam kumpulan, dan saya sangat menghargai pengalaman ini,” jelas Nur Farahin.
Menambah kegembiraannya, kumpulannya juga bertuah memenangi cabutan bertuah yang diadakan semasa program tersebut.
BEliau menambah, program belia ini dijangka memberi manfaat kepada generasi muda di Terengganu dengan menyediakan platform untuk membangunkan kemahiran diri serta memupuk semangat kerja berpasukan.