Pejuang Islam Perlu Lazimi Solat Jemaah

1493

Oleh : Mohd Asraf

KEMAMAN – Semua kaum lelaki yang mengaku membawa dan megibarkan panji-panji islam wajib hadir ke masjid atau surau untuk penuhi tuntutan solat jemaah.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menasihati kepada semua orang islam agar sentiasa melazimi solat berjemaah.

“Sebagai seorang yang mengaku ingin menegakkan syariat Allah, tidak lain tidak bukan wajib bagi kita untuk melazimi solat jemaah lima kali sehari.

“Itulah sebaik baik pendinding kita selaku muslim yang beriman,” kata beliau.

Cikgu Wan Hapandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian semasa memberi tazkirah Maghrib di surau Darul Iman Terengganu Centre (DITC) sempena hari keluarga dan ‘brainstorming’ dun sura 2019 yang bermula 11 hingga 12 Oktober.

Dalam tazkirah tersebut, beliau memberitahu yang kita sepatutnya malu apabila tidak hadir ke rumah Allah.

“Umum tahu yang pahala berjemaah adalah 27 kali ganda berbanding solat seorang diri.

“Allah swt juga telah memberi kita bermacam nikmat dan kita sepatutnya malu kalau tidak boleh menunaikan sembahyang secara berjemaah kerana itu adalah sunat yang sangat dituntut,” ujarnya.