KUALA TERENGGANU – Tindakan yang lebih agresif adalah amat perlu daripada semua pihak, terutama daripada peringkat paling tinggi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengani isu Rohingya.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, penderitaan yang dialami oleh mereka, tidak boleh digambarkan dengan perkataan.
Katanya, bagaimana dahsyatnya pihak berkuasa Myammar telah menindas, menzalimi, mengusir dan juga membunuh masyarakat umat Islam Rohingya.
Justeru itu beliau mempersoalkan, mengapa kuasa-kuasa dunia mereka boleh mengambil tindakan segera dalam isu Korea Utara, tetapi sebaliknya dalam isu Rohingya.
“Mereka mengadakan sekatan ekonomi dan pada tahap yang paling maksimum……..sepatutnya isu Rohingya ini juga menjadi satu isu yang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia,
“Bukan sahaja diatas nama Islam tetapi atas nama kemanusiaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, selepas tiba dari Dhaka pada jam 1.00 pagi, pada Sabtu 18 November.
Haji Yahaya pulang selepas mengetuai Misi Kemanusiaan PASRelief Terengganu menyantuni warga pelarian Rohingya di kem-kem pelarian di Cox’ Bazar dari 13 hingga 17hb November.
Oleh itu, beliau menegaskan, Malaysia mesti mempunyai suatu peranan supaya ASEAN sebagai pertubuhan yang paling dekat dapat menekan Myanmar.
“Myammar menjadi salah seorang daripada anggota ASEAN (Malaysia ambil) supaya dapat memberikan satu tekanan supaya isu masyarakat umat Islam diselesaikan seberapa segera,
“walaupun saya baca dalam surat khabar di Bangladesh tadi, nampak ada satu nada yang sedikit lembut daripada pihak berkuasa Myammar untuk mempertimbangkan supaya mereka (Rohingya) kembali ke tanah air secara selektif
“tetapi dari segi tindakannya mesti disegerakan, sebab masalah yang mereka alami itu satu masalah yang tidak boleh ditangguhkan lagi tindakannya,” tegas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada, samada Malaysia ataupun di luar negara, mesti bertindak segera menghulurkan apa jua bantuan.