Pasukan Sorak di RXZ Members: Tuduhan Tidak Berasas Dan Fitnah Terhadap MB Terengganu

434

Tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Samsul Iskandar Mohd Akin dan penganjur mengenai wujudnya ‘pasukan sorak MB Terengganu’ adalah tidak berasas dan bersifat fitnah semata-mata.

2. Individu-individu yang berada di barisan hadapan pentas adalah rakyat biasa, peminat permotoran yang menolak usaha mempolitikkan acara ini, bukannya pasukan di bawah arahan sesiapa.

3. Sorakan mereka adalah manifestasi suara hati rakyat yang tidak suka melihat acara santai seperti ini dijadikan bahan catur politik elit.

4. Mereka hadir untuk menikmati suasana, meraikan semangat komuniti, di saat masyarakat setempat ada yang sanggup menyediakan penginapan percuma, minyak percuma dan makanan percuma demi memastikan tetamu luar disambut meriah.

5. Tohmahan yang mengatakan mereka pasukan sorak Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hanya bertujuan mengalih tiang gol dan menyorok malu diri sendiri akibat ditolak peminat permotoran dan rakyat.

6. Kerajaan Negeri Terengganu melalui YAB Menteri Besar sentiasa memberikan sokongan kepada penganjuran acara yang bermanfaat kepada rakyat melalui penyediaan fasiliti, promosi dan bantuan keselamatan.

7. Fitnah dan manipulasi fakta untuk memburukkan Terengganu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

USTAZ MOHD SOUD SAID,
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU

24 Ogos 2025 | 1 Rabiulawal 1447H