Pastikan Maklumat Maya Selamat Dari Perisikan Asing, Yahudi

928

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Isu ini pernah dibincangkan banyak kali.

Satu ketika beberapa tahun lalu pernah kecoh adanya ejen yang didakwa mempunyai latar belakang perisikan CIA turut terlibat dalam pembangunan sistem maklumat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman. Dakwaan ini dibuat pegawai kanan polis sendiri.

Tindakan kerajaan mengupah juruperunding APCO, yang mempunyai hubungan rangkaian yahudi serta dikaitkan dengan kempen “1 Israel” oleh parti pemerintah di Israel melibatkan bayaran puluhan juta ringgit wang rakyat Malaysia.

IMG_20150919_090043Beberapa hari lalu Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, di Pameran Antarabangsa Teknologi Pertahanan, ada menyebut tentang usahasama pertukaran maklumat yang melibatkan Malaysia. Antara lain katanya untuk memerangi pengganas antarabangsa.

Saya berpendapat Malaysia perlu sangat hati hati dengan semua ini. Maklumat sensitif melibatkan keselamatan negara boleh terdedah kepada intipan pihak asing.

Maklumat sulit berkait peribadi pemimpin pemimpin negara boleh dijadikan senjata peras ugut oleh rangkaian antarabangsa khususnya kuasa besar untuk menekan pemimpin di meja rundingan yang melibatkan isu isu besar seperti perjanjian perdagangan TPPA. Ia boleh sahaja disekalikan dengan tawaran rasuah yang lain.

Saya pernah dengar satu ketika dulu kita ada usaha untuk “memerdekakan” sistem maklumat kita dengan membangunkan satelit sendiri measat, malaysiasat (sayapun hampir lupa namanya). Tidak silap saya Astronautics nama syarikatnya.
Tidak tahu setakat mana kemajuannya.

Kita pernah ada JARING. Tapi saya difahamkan sudah dijual. Ramai pekerja diberhentikan.

Beberapa media di barat melaporkan secara terbuka tentang isu pengintipan dalam talian yang sebahagiannya melibatkan pemain pemain utama industri telekomunikasi di seluruh dunia di negara masing masing.

Timbulnya nama Malaysia dalam beberapa artikel antarabangsa memerlukan penelitian lanjut semua pihak.
Malaysia negara merdeka. Tapi penjajahan media dan maklumat sedang berlaku.

Jangan sampai ada yg ‘menjual’ negara di sebalik segala kompleksiti teknologi ini yang masih rata rata tidak difahami rakyat.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb September 2015