KEMAMAN – Suasana pagi di PASTI Raudhatul Athfal, Chukai, Kemaman bertukar cemas apabila premis itu terbakar, namun tindakan pantas para guru berjaya menyelamatkan anak-anak tanpa sebarang kecederaan.
Pengarah PASTI Terengganu, Cikgu Syamri Razak, memuji keberanian pihak pentadbiran dan tenaga pengajar, Tidak panik dan dapat mengawal keadaan sebelum pasukan bomba tiba.
“Alhamdulillah, semua murid dan guru berada dalam keadaan selamat. Tindakan cepat para guru sangat kami hargai,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut beliau, pasukan bomba yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengawal kebakaran dengan pantas.
Sementara itu, kata beliau, pihak PASTI kini, sidang membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan awal untuk mengenal pasti punca kejadian dan menilai tahap kerosakan.
“Pihak pentadbiran PASTI juga sedang meneliti keperluan lokasi alternatif agar sesi pengajaran dapat diteruskan tanpa mengganggu keselamatan anak-anak.
“Kami komited memberikan sokongan penuh, termasuk bantuan awal, bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar,” tambah Syamri.


Justeru itu, beliau menyeru orang ramai untuk bertenang dan mendoakan kelancaran proses pemulihan, sambil merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba dan komuniti setempat atas keprihatinan mereka.
Sehubungan itu, katanya tabung bantuan kecemasan dibuka untuk membantu pemulihan dan pembaikan segera
“Bank Islam: 13017010051147, nama akaun, Tetuan PASTI Negeri Terengganu, rujukan 1: Raudhatul Athfal dan rujukan 2: Kebakaran
“Kod QR turut disediakan untuk sumbangan mudah.
“Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah beliau.



























