DUNGUN – Dengan moto Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) , ‘Cemerlang Al -Qur’an’ mampu melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti , bebas rasuah, pecah amanah dan menindas rakyat.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan & Kerukunan Keluarga PAS Kawasan Dungun, Cikgu Alias Harun berkata cemerlang Al Quran melahirkan anak-anak itu celik Al Quran yang mempunyai akhlak saksiah terbaik.
“Bila keluar menjadi pemimpin di masa akan datang yang tidak lekang dengan Al -Quran, tidak mengira bidang yang diceburi, Al-Quran menjadi panduan”
“Kalau jadi jurutera, jurutera yang faham Al-Quran, kalau arkitek, arkitek yang faham Al-Quran, begitu juga kalau anak-anak ini berada di peringkat bawah pun bila dia hendak melakukan sesuatu, dia akan ingat yang mana suruhan , yang mana larangan Allah Ta’ala,” katanya.


Cikgu Alias berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Anugerah Prestasi PASTI Raudhotus Solihin, Taman Rakyat Jaya di sini pada 18 Disember.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Dungun seterusnya berkata di PASTI juga mementingkan pencapaian minda pelajar
Beliau turut mengingatkan ibubapa agar tidak berhenti belajar Al-Quran kerana menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.


“Mungkin masa kita kecil, kita hanya belajar mengaji tetapi tidak mendalami hukum tajwid, jadi masa inilah kita guna peluang untuk belajar, kerana pahala baca Al-Quran ni banyak,
“Dalam masa yang sama , kita tadabbur( menghayati maksud ayat-ayat) Al-Quran dengan menghayati hikmah, pengajaran, dan mesej yang disampaikan oleh Allah SWT melalui al-Quran,
“kemudian dengan tadabbur inilah akan membuatkan kita ingin menjadi hamba yang lebih baik,” ujarnya lagi.





























