PASTI Bukan Sekolah Biasa, Kerajaan Kena Sokong Dan Bukan Halang

633

KUALA TERENGGANU – PASTI bukan sekadar sebuah institusi pendidikan biasa, sebaliknya ia adalah entiti di bawah parti politik yang lahir daripada kehendak dan sokongan masyarakat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim berkata, oleh itu, sebarang dasar kerajaan terhadap PASTI harus dilihat secara lebih mendalam, tanpa meletakkan sekatan yang boleh menyekat peranan penting PASTI dalam memberikan pendidikan pra-sekolah berkualiti kepada anak-anak.

“Kita akan tengok dari segi kesesuaian apa yang dimaksudkan (kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah bagi menyelesaikan isu pendaftaran, kurikulum dan tenaga pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebab perlu difahami PASTI ni dibawah parti bukan sekolah.

“Jadi kerana itu kita melihat dengan teliti apa sebenarnya rancangan kerajaan di sebalik. Kalau nak bagi duit (kita terima) untuk kita sempurnakan . Kita tengok la macam mana,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Kejohanan Sukan PASTI Bola Sepak dan Bola Jaring di Padang Bola Sepak Gong Parit, pada semalam.

Menurutnya, kualiti pendidikan yang diberikan di PASTI telah terbukti dengan pencapaian cemerlang, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
to

“Kita harap tujuannya (perancangan kerajaan Persekutuan) baiklah.

“Dari segi PASTI sentiasa beri komitmen dari segi kualiti pendidikan terbaik kepada anak-anak sebab sambutan yang diberikan masyarakat di atas keyakinan pencapaian PASTI.

Justeru itu beliau berharap kerajaan pusat akan memberi sokongan penuh terhadap usaha pendidikan yang baik tanpa mengira siapa yang melaksanakannya.

Tambah Amzad lagi, ini penting kerana hasil akhirnya akan kembali memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan awal yang berkualiti.

“Kerajaan mesti memberi sokongan dan dokongan supaya dapat dilonjakkan lagi.

“Oleh itu kerajaan kena lihat dari segi aspek untuk membantu supaya PASTI dapat dilonjakkan lagi macam mana caranya.

“Bukannya dengan beri kekangan sehinggakanbapa yang baik dihasilkan oleh PASTI ini jadi sekatan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menambah, PASTI bukan sekolah biasa, tetapi wujud hasil kehendak masyarakat.

“PASTI dibawah entiti parti yang berkembang di bawah kehendak masyarakat memberi sokongan yang baik.

“Dari situ parti beri komitmen dari segi beri pendidikan yang baik kepada anak-anak.

“Jadi tak boleh samakan PASTI dengan pelajar sekolah biasa,” tambah beliau.