Beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pertama, infrastruktur dan kemudahan asas. Kemudahan pasar borong yang dimanfaatkan oleh 99.99% peniaga melayu ini kelihatan seperti zaman ‘cowboy’ dengan kedhaifan persekitarannya. Sebahagian besar jalannya tak berturap, binaan-binaan kayu yang uzur, longkang tersumbat dan berbau busuk khususnya di kawasan peniaga bahan –bahan basah seperti ikan dan ayam, bekalan air yang lebih kerap terputus dan pelbagai lagi. Sepatah rungutan mereka yang kami dengar.
“Kenapa kami dianaktirikan, di sini yang berniaga adalah orang melayu, Majlis Bandaraya kutip cukai dari kami, tak kan nak tunggu kami angkat sepanduk, buat demonstrasi, baru nak baiki!”
Kedua, Kelemahan penguatkuasaan sehingga membenarkan peniaga-peniaga luar datang memasarkan barang-barang mereka di atas lori di kawasan parkir kenderaan secara berleluasa tanpa sekatan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang sah di sini. “Kami di sini dikenakan macam-macam bayaran, sedangkan orang luar ambil kesempatan secara percuma.” Kata mereka.
Samada secara langsung atau tidak, kekurangan ini telah menyumbang kepada penurunan mendadak bilangan pelanggan yang datang berurusan sehingga para peniaga mengakui, akhir-akhir ini hasil jualan mereka berkurangan hampir separuh daripada biasa. Ditambah lagi dengan saingan dari pasaraya besar yang menawarkan serba-serbi dengan kemudahan yang selesa dan nyaman, sedangkan kami berniaga dalam keadaan serba kekurangan.
Berkenaan sumber bekalan hasil-hasil pertanian, secara umum, jelas didapati Terengganu masih gagal untuk beranjak dari pertanian tradisi dan sara diri kepada pertanian adalah perniagaan. Sebahagian besar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan di sini adalah produk keluaran Thailand dan Cameron Highland.
Ternyata slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ gagal direalisasikan oleh kerajaan negeri walaupun telah membelanjakan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun. Di mana silapnya?
Dr Azman Ibrahim Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,000 bungkus daging korban diagihkan kepada golongan asnaf di DUN Cukai menerusi pelaksanaan ibadah korban melibatkan dua ekor lembu dan...
Tentera Negara haram Israel doarahkan meluaskan kawalannya ke atas Semenanjung Gaza kepada 70 peratus, menurut kenyataan yang disiarkan oleh media Israel.
“Pada ketika ini, kami...
Oleh ; Amira Amijuddin
BESUT – Korban Perdana anjuran Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (DMPKB) memperkukuh kebajikan dan semangat kebersamaan dalam kalangan...
Semalam di saat kita semua bertakbir dan gembira menyambut kedatangan Aidil Adha bersama keluarga serta menyempurnakan ibadah korban, keadaan di Semenanjung Gaza bertambah sukar...
KUALA TERENGGANU – Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) menyemarakkan sambutan Aidiladha tahun ini dengan pelaksanaan ibadah korban melibatkan sebanyak 30 ekor lembu...