PAS Yakin Menang Besar Lawan Calon ‘Payung Terjun’ PHBN

153

KEMAMAN – PAS yakin akan menang dan menambah majoriti undi yang besar menentang calon ‘Payung Terjun’ PHBN dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata calon paracut maksudnya calon datang dari luar, tiba-tiba muncul.

“Calon yang orang kampungpun tidak kenal, tinggal di Mak Cili, tetapi orang Mak Cili pun tidak kenal, manusia yang masyhur sekali di DUN Air Putih, Cikgu Razak(mantan ADUN Air Putih), di Mak Chili, Cikgu Razakpun tidak kenal, dahkan dia Jeneral perang yang hebat sekali, orang tidak kenal pun, dia(Umno-BN) tidak kenal pun,

“Pada kita, Alhamdulillah, inilah calon yang akan memberi kemenangan yang jauh lebih besar pada PAS dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.

Ustaz Ariffin turut melahirkan keyakinan, pemimpin kampung penyokong dan pengundi Umno-BN di peringkat kampungpun tidak menerima calon tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Markas Induk PAS DUN Air Putih di Perkarangan Surau Syed Abd Rahman, Batu 4, Luar Binjai di sini semalam.

Katanya lagi, anak-anak muda masih bersama dengan PAS bergerak orang muda dan jentera UMNO lumpuh.

“PAS sudah bekerja sejak sebulan yang lepas, turun dah ziarah ke kampung- kampung, tapi kita tak nampak lagi UMNO bergerak,” katanya lagi.