PAS Yakin Covid-19 Akan Dapat Dikalahkan

652

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin, dengan berkat perpaduan dan pengorbanan serta sifat takwa dalam diri semua rakyat, wabak maut Covid-19, akan dapat dikalahkan.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh barisan hadapan atas pengorbanan sepanjang wabak Covid-19.

“Semoga kalian senantiasa diberikan keberkatan dan keampunan Allah SWT atas jihad dalam memelihara kesihatan dan menyelamatkan nyawa insan,” tegasnya.

Beliau dengan sukacitanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, dalam Perutusan Khas semalam.

“bersyukur kerana umat Islam berpeluang menyambut ‘Raya Korban’ pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan,

“Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki dan kesempatan kepada kita selaku hamba-Nya,” ujar beliau.

Duta Khas ke Timur Tengah itu juga menyeru agar semua pihak menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang dirakamkan dalam al-Quran sebagai suatu semangat dan motivasi untuk berhadapan dengan ujian dan musibah yang melanda.

“Begitu juga menghayati falsafah ibadat haji yang menekankan soal perpaduan yang menjadi teras kekuatan umat Islam.” katanya.

Justeru Ustaz Hadi agar semua pihak terus bekerjasama dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa sambutan Aidiladha dan selepasnya.

“Di samping itu, sama-sama berusaha menjayakan program imunisasi negara ke arah mencapai herd immunity (imuniti kelompok),” tambahnya.