PAS Tidak Sesal Tinggalkan Pakatan

3789

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak menyesal kerana meninggalkan gabungan Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan Persekutuan selepas memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS pernah tinggalkan kerajaan dan pernah dipecat oleh kerajaan.

“PAS pernah kalah dan menang…….rebah bangun dalam dunia politik adalah perkara biasa sebab politik ini sentiasa berubah,

“Kawan jadi musuh… musuh jadi kawan, sebab itu kita tidak boleh berkawan sehingga melampaui batas dan tidak boleh bermusuh sehingga melebihi batas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan dan watikah perlantikan menteri baru baharu serta 10 Exco kerajaan PAS Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering pada Khamis malam, 10 Mei.

Katanya, PAS pernah menjadi kerajaan negeri memimpin negeri Kelantan dan Terengganu menghadapi keadaan yang sama dan rakyat per melihat demokrasi yang lebih luas dengan jumlah penduduk Islam 65% yang tidak boleh diambil ringan.

“kita akan lihat dari segi dasar parti dan PAS ada dasar sendiri dan Majlis Syura Ulamak,

“Dan berdasar pada Islam serta melihat mana yang lebih memberikan kebaikan kepada umat Islam itu sendiri dan melihat mana yang lebih baik pada rakyat,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan Pusat mesti menghormati konsep federalisme di peringkat kerajaan negeri kerana perjanjian sudah ada dan selama ini Barisan Nasional tidak menghormati perlembagaan.

 

Kata Ustaz Abdul Hadi lagi, PAS berharap kerajaan Pusat tidak mengulangi tindakan dan campur tangan urusan negeri serta menganggu hak negeri seperti merampas royalti minyak.

 

Mengulas perkembangan di negeri Kedah, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat dengan segera bagi melihat kelungikanan politik yan boleh diambil.

“PAS menjadi ‘kingmaker’ di peringkat negeri dan kita akan bincang dalam mesyuarat yang khusus di peringkat pusat dan insya Allah kita akan jemput diperingkat pusat seberapa segera,

“Dan Parti PAS dulu di jemput serta kita mesti melihat semua pihak bukan sahaja pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk Pakatan Harapan tetapi kita perlu melihat keselarasan dengan dasar dan konsep,”tegas beliau.

Beliau yakin pelantikan ADUN Rhu Rendang YAB Dr Ahnad Samsuri Mokhtar yang pernah sekian lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS.

“Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar merupakan Setiausaha Politik Presiden PAS dan sudah bertahun–tahun sebagai pensyarah di beberapa buah university yang banyak membantu saya dalam kerja-kerja dalam dan juga luar negeri,

“Dengan pengalaman beliau saya menilai dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Terengganu kepada beliau,” jelas beliau lagi.