Terengganu, Malaysia

PAS Tidak Bertanding PRK Port Dickson

pc tuan ibrahim

Oleh : DMS

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson susulan Ahli Parlimennya.

Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ianya untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Parti (PAS) telah mengadakan mesyuarat semalam dan membuat keputusan tidak akan menyertai PRK Port Dickson,

“(kerana) kekosongan kerusi itu tiada keperluan dan merupakan satu pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia di Duyong Marina & Resort pada hari ini , Khamis, 13 September.

Katanya, beliau merasakan pilihanraya ini tiada kepentingan dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan yang serius sampaikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) dibatalkan dan rakyat menderita.

Tambahnya, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berpendapat perlunya satu peraturan digubal untuk menghalang mana-mana Ahli Parlimen  meletak jawatan dengan begitu mudah.

Turut hadir pada sidang media ini Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz  Ustaz Nasrudin Hassan dan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia DPMM yang di ketuai oleh YB Ustaz Mohd Khalil  Abdul Hadi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan